gravatar

Telur Masak Hancur



Cincang bawang putih dan bawang merah sehingga hancur mcm ni

  • Bahan - Bahan
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cili BOH
  • 1/4 cawan kicap

  • Cara Membuat
  • Cincang bawang merah dan bawang putih
  • Pecahkan telur kedalam mangkuk
  • Masukkan cili BOH lepas itu kacau
  • Masukkan kicap sambil kacau sehingga sebati (pastikan ramuan telur nampak sedikit hitam
  • Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak
  • Masukkan bawang yang telah dicincang tadi kedalam kuali dan goreng hingga kekuningan
  • Setelah kekuningan masukkan ramuan telur tadi kedalam kuali
  • Biarkan seketika, apabila nampak sedikit masak di bahagian bawah, terus balikkan dan hancurkannya sedikit demi sedikit sampai masak. Pastikan jangan goreng terlalu lama kerana telur ini sedap dimakan waktu ianya sedikit masak (lembut) dan kurang sedap jika terlalu masak (sedikit rangup).

Comment