Archives

gravatar

Lempeng

  • Bahan - Bahan
  • 1 cawan gandum
  • 1½ air
  • Secubit garam

  • Cara Membuat
  • Campurkan semua bahan
  • Putar bahan supaya sebati
  • Panaskan kuali
  • Masukkan 2 sudu minyak masak
  • Setelah panas, masukkan adunan ke dalam kuali
  • Angkat dan lenggang kuali untuk menghasilkan adunan yang nipis
  • Tutup kuali dengan tudung
  • 10 minit balik adunan diatas
  • Masak lagi selama 10 minit
  • Angkat dan boleh dimakan bersama dengan kuah gulai kari
See More

gravatar

Gulai Telur Hancur


  • Bahan - Bahan
  • 5 biji telur
  • 2 sudu makan bawang kisar
  • 2 sudu makan cili BOH
  • 1 1/2 sudu makan rempah kari peladang
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 3/4 inci halia (diketuk)
  • 1/2 keping asam gelugur (asam keping)
  • 1/2 kilo santan pekat
  • 2 cawan air

  • Cara Membuat
  • Campurkan air kedalam santan, letakkan di atas dapur
  • Panaskan santan, masukkan asam gelugur dan halia
  • Biarkan hingga mendidih, sentiasa kacau
  • Campurkan semua, bawang, cili BOH & bawang putih kedalam mangkuk dan masukkan sedikit air, kacau sedikit supaya ianya sebati
  • Setelah santan mendidih, masukkan semua campuran ramuan tadi, kacau lagi
  • Kemudian masukkan telur, sebiji demi sebiji sehingga habis
  • Kacau sedikit supaya telur tadi sedikit pecah, kemudian masukkan garam dan gula serta serbuk perasa, secukup rasa
See More

gravatar

Telur Masak Hancur



Cincang bawang putih dan bawang merah sehingga hancur mcm ni

  • Bahan - Bahan
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cili BOH
  • 1/4 cawan kicap

  • Cara Membuat
  • Cincang bawang merah dan bawang putih
  • Pecahkan telur kedalam mangkuk
  • Masukkan cili BOH lepas itu kacau
  • Masukkan kicap sambil kacau sehingga sebati (pastikan ramuan telur nampak sedikit hitam
  • Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu minyak
  • Masukkan bawang yang telah dicincang tadi kedalam kuali dan goreng hingga kekuningan
  • Setelah kekuningan masukkan ramuan telur tadi kedalam kuali
  • Biarkan seketika, apabila nampak sedikit masak di bahagian bawah, terus balikkan dan hancurkannya sedikit demi sedikit sampai masak. Pastikan jangan goreng terlalu lama kerana telur ini sedap dimakan waktu ianya sedikit masak (lembut) dan kurang sedap jika terlalu masak (sedikit rangup).
See More

gravatar

Solok Lada

kdang2 kalu malas nk masak lauk2 b'kuah ni... T'ingt pula solok lada nih... mmg simple dan sng nk buat

  • Bahan - Bahan
  • 10 ulas bawang merah
  • 3/4 inci halia
  • 1 cawan kelapa parut (kelapa muda)
  • Lada solok 15 biji (hijau)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam, gula & perasa (secukup rasa)
  • 1 kilo ikan selayang (dibuang tulang)

  • Cara Membuat
  • Basuh lada solok dan toskan, belah lada dan buang bijinya (lepas siap, ketepikannya dulu)
  • Tumbuk semua bahan2 dalam lesung batu kecuali santan, gula, garam & serbuk perasa
  • Masukkan ikan selayang yang telah dibuang tulang (kedalam bahan yang telah ditumbuk tadi) dan tumbuk lagi sampai lumat
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa kedalam ramuan tadi (biar sampai rasa manis skit, baru ummmm)
  • Setelah lumat dan sebati, masukkan @ sumbatkan ramuan kedalam lada solok yang telah dibelah tadi
  • Panaskan air dalam steamer hingga mendidih
  • Setelah selesai proses memasukkan @ menyumbatkan ramuan kedalam lada solok tadi.. Susun dalam loyang
  • Masukkan santan keatas susunan lada solok tadi
  • Masukkan loyang tadi kedalam steamer (pastu tutup)
  • Kukus selama 30 minit (jangan biarkan santan terlalu kering)
See More

gravatar

Bubur Lambuk

Gambar dalam proses
  • Bahan - Bahan
  • 1. 20 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2. 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3. 2 1/2 halia (dikisar)
  • 4. 2 sudu kecil halba
  • 5. 2 1/2 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 6. 1 kilo selayang (dibuang tulang & dikisar)
  • 7. Satu biji kelapa (diperah & diambil santannya)
  • 8. 2 cawan beras
  • 9. Daun pucuk paku (3 ikat)
  • 10. Kangkung (1 ikat)
  • 11. Daun kesum (1 ikat)
  • 12. 10 helai daun kaduk
  • 13. Putik jagung (2 ikat)

  • Cara Membuat
  • 1. Rebus beras hingga kembang
  • 2. Kemudian masukkan santan
  • 3. Masukkan bahan kisar, halba, garam, dan gula secukup rasa
  • 4. Masukkan kesemua daun2 (dipotong) kedalam ramuan tadi
  • 5. Masukkan bahan perasa dan 4 sudu budu (jika suka)
See More

gravatar

Daging Masak Kurma

Gambar dalam proses
  • Bahan - Bahan
  • 500 gm daging / dihiris nipis
  • 50 gm serbuk kurma
  • 20 biji cili hijau / dibelah dua
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 cawan santan
  • 2 ulas bawang kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit air, minyak masak
  • Garam secukup rasa

  • Cara Membuat
  • Rebus daging hingga lembut
  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum
  • Masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air
  • Tumis seketika sehingga pecah minyak
  • Masukkan daging yang telah direbus tadi
  • Gaul rat sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam
See More

gravatar

Bom Gajus

Gambar dalam proses
  • Bahan - Bahan
  • BAHAN A:
  • 180 gm mentega
  • 120 gm gula
  • BAHAN B:
  • 240 gm tepung gandum
  • 1/8 sudu kecil soda bikarbonat
  • Lain-lain:
  • Secubit garam
  • Kacang gajus - bakar
  • Coklat masakan

  • Cara Membuat
  • Pukul bahan A hingga kembang
  • Masukkan bahan-bahan B kecuali gajus kemudian gaul rata
  • Kepalkan doh sebesar ibu jari lalu balutkan gajus dan bentuk bujur
  • Bakar sehingga perang (180ºC)
  • Sejukkan dan celupkan dalam coklat cair
  • Hias ikut creativiti anda
See More